***小丸子的世界***

Saturday, August 4, 2012

Pengenalan bioteknologi telah membawa banyak manfaat dalam bidang pertanian negara dengan aplikasi pengubahsuaian genetik dan penggunaan mikroorganisma. Huraikan pernyataan di atas


1. Meningkatkan kualiti
- Hasil yang lebih baik drp sebelumnya
- Saiz dan bentuk yang lebih besar dan cantik
- Lebih tahan lama, jangka hayat yang panjang, tidak mudah rosak, lambat ranum
- Mutasi aruhan
- Meningkatkan pembesaran
- Kawalan virus dn Patogen – MARDI
2. Meningkatkan produktiviti /kuantiti keluaran
-Jumlah hasil yang dikelurakan meningkat dalam jumlah yang berganda.
- Contoh: Tanaman padi dengan menggunakan baka M123, Malinja dan Mahsuri
-Menambahkan kuantiti makanan Negara / dapat menampung keperluan sumber makanan
3. Penghasilan baka baru
-Penciptaan sepsis baru yang boleh dijadikan induk untuk penghasilan yang lebih berkualiti
- Mengambil kelebihan baka asal dan menyesuaikannya dengan keadaan setempat dalam Negara
- Contoh: kacukan lembu tempatan (tahan cuaca panas) dengan ciri-ciri lembu freasian (banyak susu)
- In vitro
- Embrio – persenyawaan
- Penghasilan produk baru agro pertanian
- Peningkatan produktiviti pertanian
- Peningkatan kualiti
- Membiakkan spesis yang menghadapi
ancaman kepupusan
4. Kepelbagaian hasil keluaran
- Hasil keluaran dipelbagaikan
- Contoh: tisu bunga orkid yang dikultur dapat menghasilkan bunga yang pelbagai dalam bentuk dan saiz yang berbeza
- Penghasilan pelbagai produk hiliran
- Contoh: kelapa sawit bukan hanya dapat menghasilkan minyak masak tetapi juga pelbagai barangan lain seperti sabun, lilin, barangan kosmetik dan biodiesel.
5. Meningkatkan inovasi
- Penumpuan kerajaan kepada bioteknologi dalam sektor ini akan lebih membangunkan dan memodenkan sector pertanian.
- Lebih banyak aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) dijalankan
- Kerjasama dengan Negara maju juga dilakukan bagi memperolehi teknologi mereka
-Contoh: Jepun dan Amerika Syarikat – Persidangan Bioteknologi di Boston telah berjaya menandatangani 10 MOU antara Malaysia dengan institut penyelidikan dan firma swasta U.S.
6. Memajukan teknologi pertanian
- Penekanan kepada bidang bioteknologi secara langsung meningkatkan usaha unrtuk memodenkan sektor pertanian
- Penciptaan dan penggunaan teknologi pertanian moden
- Pemindahan teknologi dari luar negara spt Jepun

Kepentingan Bioteknologi kepada Manusia


BIOTEKNOLOGI terus mempengaruhi kehidupan manusia sejak dulu tanpa mengira agama, warna kulit dan cara hidup seseorang. Sama ada disedari atau tidak, kita telahpun menjadi pengguna kepada hasil bioteknologi itu.Bioteknologi ialah proses di mana sel atau organisme (biologi) digunakan sebagai bahan asas dalam proses (teknologi) untuk menghasilkan sesuatu produk. ‘Teknologi’ yang berasaskan ‘biologi’ ini disingkatkan sebagai bioteknologi. Bioteknologi ‘lama’ digunakan untuk menghasilkan produk seperti kicap, tempe, budu dan keju. Bioteknologi baru atau ‘kejuruteraan genetik’ adalah proses yang lebih khusus dan terkawal.
Apakah perbezaan bioteknologi ‘lama’ dengan ‘baru’?
Perbezaan ketara ialah proses lama adalah proses rambang yang mana kulat atau bakteria digunakan tanpa menentukan gen apa sebenarnya diperlukan. Gen ialah unit biologi yang menentukan baka sesuatu ciri pada hidupan seperti: warna daun, tinggi pokok dan sebagainya.
Perlu dijelaskan, untuk penghasilan kicap, keseluruhan kulat digunakan dan membabitkan puluhan ribu gen. Kesan sampingan gengen lain yang dibawa kulat itu tidak semuanya diketahui.
Kejuruteraan genetik pula membabitkan beberapa gen tertentu saja dan fungsi setiap diketahui.Malah, kejuruteraan genetik lebih diberikan tumpuan khususnya dari aspek keselamatan produk.
Hidupan yang dihasilkan melalui kejuruteraan genetik ini dikenali sebagai organisme terubahsuai secara genetik (genetically modified organism atau GMO).
Kejuruteraan genetik tumbuhan membabitkan tiga aktiviti berikut: mendapatkan gen yang diperlukan, proses kultur tisu dan memindahkan gengen berkenaan ke dalam tisu tumbuhan. Pokok yang dihasilkan ini dipanggil pokok transgenik.
Transgenik berasal daripada dua perkataan dasar iaitu ‘trans’ dan ‘gen’. Trans adalah singkatan kepada perkataan ‘transfer’ atau pemindahan, oleh itu pokok transgenik adalah pokok yang telah dipindahkan dengan gen baru (asing). Pokok transgenik dengan gen yang baru akan seterusnya membawa suatu ciri baru.
Proses mendapatkan gen adalah berkaitan dengan kajian keseluruhan gen di dalam sesuatu hidupan atau kajian genomik. Kajian genomik ini semakin popular dan akan dijelaskan lebih lanjut di penghujung artikel ini. Kaedah mendapatkan gen amat kompleks dan tidak akan dihuraikan dalam perbincangan ini. Gen ini tidak dapat ditentukan dengan mata kasar, sebaliknya beberapa uji kaji khusus diperlukan untuk membuktikan gen yang kita peroleh.
Kultur tisu pula ialah kaedah penghasilan anak pokok lengkap di dalam tabung uji menggunakan bahagian pokok seperti daun dan akar. Kultur tisu menggunakan agar-agar yang mempunyai bahan makanan, vitamin dan bahan perangsang, akan mengubah kepingan daun atau akar tadi menjadi kalus. Kalus seterusnya menghasilkan kalus embriogenik, embrio, poliembriogenik, daun dan akhirnya akar (secara berperingkat, satu demi satu). Pada setiap peringkat perubahan itu, jenis bahan perangsang akan diubah sesuai dengan bahagian pokok yang akan dihasilkan. Semua proses ini dijalankan dalam keadaan bebas kuman (steril).
Transformasi pula adalah proses pemindahan gen asing, sama ada daripada tumbuhan itu sendiri atau daripada hidupan lain ke dalam tumbuhan. Proses ini unik dan mus*l dapat dilakukan melalui kacukan biasa. Proses pemindahan gen ini boleh dilakukan oleh bakteria atau kaedah terus. Bakteria, Agrobacterium, berkebolehan memindahkan serpihan khusus gen yang dibawanya ke dalam tumbuhan apabila ia menjangkitinya.
Kaedah terus pula adalah seperti penembakan zarah. Sel tumbuhan akan ditembak dengan zarah emas yang telah disalut dengan gen.
Gen yang dipindahkan itu akan masuk ke dalam sel tumbuhan yang kemudiannya diganda dan dibesarkan menjadi pokok.Antara kejayaan yang dicapai dalam bidang bioteknologi tumbuhan ialah penghasilan buah tomato yang membawa gen pengawal buah masak. Pokok tomato ini menghasilkan buah yang lambat lembik dan segar. Penemuan ini amat penting untuk mengeksport buah ke luar negara. Kejayaan ini menguntungkan penjual dan pembeli kerana mendapat bekalan buah yang masih segar di pasaran.
Kejayaan kedua ialah pemindahan gen sejenis asid lemak menghasilkan biji jarak yang tinggi asid laurik (37 peratus) untuk kegunaan industri bahan pencuci, makanan dan penjagaan badan.Pemindahan gen sejenis asid lemak lain telah meningkatkan kandungan asid stearik daripada dua peratus kepada 40 peratus yang penting khususnya sebagai pengganti lemak koko.
Pemindahan tiga gen bakteria ke dalam beberapa pokok telah menghasilkan plastik mesra alamPenemuan ini penting kerana memberi pulangan lumayan dan memulihara alam sekitar. Plastik biasa (daripada petroleum) akan kekal selama puluhan tahun yang menimbulkan kesan alam sekitar, sebaliknya plastik mesra alam ini akan terurai dalam masa beberapa minggu atau bulan saja. Antara kegunaan plastik mesra alam ialah sebagai benang jahitan selepas pembedahan dan sedang dikaji sebagai injap jantung dan injap pembuluh darah.
Penghasilan vaksin di dalam pokok telah diusahakan.Vaksin kolera di dalam ubi kentang berjaya memberi pelalian kepada tikus. Malangnya ubi kentang perlu dimasak dan akan merosakkan vaksin. Tumpuan kini untuk menghasilkan vaksin di dalam buah pisang agar senang dimakan oleh kanak-kanak. Bayangkan kanak-kanak ke klinik untuk imunisasi, hanya diberikan buah pisang dan bukannya suntikan. Tiada lagi tangisan! Buah yang murah dapat dihantar ke negara miskin dengan mudah dan dapat menyelamatkan lebih banyak nyawa.
Pemindahan gen dari pokok atau bakteria telah menghasilkan beberapa pokok yang tahan kulat atau serangga. Ini dapat mengurangkan penggunaan racun kulat atau racun serangga di ladang.
Pemindahan gen ini diharap menghasilkan kelapa sawit yang rintang kulat perosak akar, ganoderma, atau serangga seperti ulat bungkus.
Penghasilan pokok yang rintang racun herba banyak dihasil dan dikomersialkan. Pokok-pokok ini akan hidup apabila disiram dengan racun herba berkenaan, sebaliknya pokok rumpai yang lain akan mati.
Ada banyak lagi kemajuan yang dicapai oleh bioteknologi tumbuhan. Apa yang telah dibincangkan membuktikan betapa pentingnya bidang bioteknologi kepada manusia dalam meningkatkan penghasilan makanan dan meninggikan pendapatan pengusaha ladang.
Kajian genomik pula adalah kajian hubungan antara gen dan fungsi mereka. Dua aktiviti popular kajian genomik ialah penjujukan semua gen di dalam sesuatu hidupan dan analisis fungsi pelbagai gen dalam suatu keadaan seperti apabila pokok didedahkan pada suhu tinggi atau apabila kulat menjangkiti pokok.
Kajian penjujukan semua gen kini semakin popular, malah keseluruhan gen dan DNA yang terkandung di dalam pokok Arabidopsis dan padi serta beberapa kuman dan kulat berjaya dijujukan. Dengan kejayaan penjujukan keseluruhan gen manusia, punca banyak penyakit yang merbahaya akan dapat diketahui dan langkah merawat atau mencegahnya dapat dilakukan secara berkesan. Sebagai contoh apabila racun pembunuh sel barah dimasukkan ke dalam tubuh, ia akan terus kepada sel barah dan membunuhnya tanpa memberi kesan sampingan kepada sel lain. Begitu juga penentuan gen yang berfungsi apabila pokok sawit diserang kulat yang akan dapat membantu kita mengetahui tanda awal jangkitan, kegemaran kulat berkenaan atau apakah yang sebenarnya terjadi ketika jangkitan. Pengetahuan ini dapat membantu merancang strategi menghalang atau mungkin melewatkan jangkitan kulat tersebut.
Kaedah terkini yang membolehkan ahli sains mengkaji kesan beribu-ribu gen pada satu masa adalah ‘teknologi cip DNA’ (DNA chip atau microarray technology). Kaedah ini masih baru di. Melalui penggunaan teknologi berkenaan, fungsi ribuan gen sama ada meningkat atau menurun akan dapat diketahui. Teknologi ini telah berjaya mengurangkan masa analisis fungsi ribuan gen daripada beberapa tahun kepada beberapa minggu saja.
Akhirnya, apakah kaitan kaedah genomik ini dengan kejuruteraan genetik?
Pengetahuan mengenai fungsi gen yang diperoleh hasil kajian genomik akan dapat membantu merancang aktiviti kejuruteraan genetik dengan menentukan gen sasaran yang akan memberikan hasil yang paling berkesan. Kaedah genomik juga telah membantu usaha mendapatkan gen yang diperlukan daripada pokok sawit untuk tujuan kejuruteraan genetik. Teknologi cip akan membantu menentukan kesan baik dan tidak baik yang diperoleh hasil pemindahan sesuatu gen. Kesimpulannya, kajian genomik dan kejuruteraan genetik adalah saling lengkap melengkapi dan saling memerlukan

Apakah itu bioteknologi

Bioteknologi merupakan satu bidang sains di mana benda hidup digunakan untuk penghasilan produk atau untuk melakukan sesuatu tugasan untuk manusia. Tumbuh-tumbuhan, haiwan dan juga microorganisma seperti bakteria telah digunakan untuk menghasilkan kebaikan kepada manusia. Dalam bidang industri perubatan dan pertanian, bioteknologi bantu dalm penghasilan makanan, ujian untuk mengesan penyakit dan untuk melupuskan sisa. Bioteknologi boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah dan untuk membantu dalam penyelidikan. Bioteknologi biasanya terbahagi kepada 3 bahagian - bioteknologi merah, putih dan hijau. Bioteknologi merah adalah berkaitan dengan mikroorganisma yang telah diubah bahan genetiknya yang digunakan untuk menghasilkan produk seperti insulin dan vaksin untuk kegunaan perubatan. Bioteknologi putih melibatkan penciptaan bahan kimia berguna untuk sektor perindustrian melalui organisma-organisma seperti kulat dan yis. Jenis bioteknologi ini juga dikenali sebagai bioteknologi kelabu. Bioteknologi hijau, juga dikenali sebagai bioteknologi pertanian, berurusan dengan aplikasi-aplikasi yang bertaut kepada pertanian. Ianya melalui penyelidikan bioteknologi merah dapat menghasilkan antibiotik untuk jangkitan berbeza-beza dan vaksin untuk menguatkan sistem keimunan dan mengesan dan mengubati sebarang kecacatan genetik dan penyakit telah dihasilkan.
Bioteknologi merah juga membantu dalam teknologi pembiakan seperti persenyawaan in-vitro, penghasilan profil DNA, forensik dan teknologi permindahan. Hanya dengan pertolongan bioteknologi putih yang membantu persekitaran untuk membolehkan pengawalan haiwan dan tumbuhan perosak. Bioteknologi telah membantu dalam pembersihan tumpahan minyak, melindungi spesis yang terancam dengan menyimpan DNA untuk penyelidikan pada masa akan datang dan menolong mengasingkan sebarang nutrien yang berlebihan dalam tanah mahupun dalam air. Penyelidikan dalam bioteknologi juga bertujuan untuk pengekstrakan logam dari tanah untuk menyediakan perlombongan yang bersih, mengesan periuk api dan pembersihan logam arsenik dan logam lain yang mencemar. Bioteknologi hijau melibatkan manipulasi tumbuhan dan haiwan untuk menghasilkan spesis yang lebih mesra alam sekitar dan produktif. Pembangunan pelbagai jenis gandum yang tahan penyakit dengan cara pembiakan silang jenis gandum yang berbeza adalah satu contoh bioteknologi hijau.

Friday, August 3, 2012

langkah-langkah bioteknologi

Satu daripada langkah untuk menggalakkan rakyat menceburi bidang ini ialah pihak kerajaan hendaklah memperbanyak kursus Bioteknologi di universiti.Selain itu, kerajaan hendaklah memberikan anugerah kepada saintis negara yang menghasilkan dapatan bioteknologi yang terbaru.

kesimpulan bioteknologi

Kesimpulannya, semua pihak hendaklah menyokong bidang bioteknologi supayabidang ini dapat meningkatkan pembangunan negara.

Keistimewaan bioteknologi

Keistimewaan bioteknologi ialah petani dapat bercucuk tanam walaupun di kawasan tanah yang tidak subur. Selain itu, bioteknologi dapat membantu petani untuk mengatasi masalah serangga perosak. Seterusnya, bioteknologi dapat menghasilkan padi yang bermutu tinggi. Bioteknologi yang tidak menggunakan racun perosak pula dapat memelihara alam sekitar. Bioteknologi dalam bidang pertanian juga dapat mengatasi masalah rumpai. Bukan itu sahaja, bioteknologi dapat menghasilkan makanan yang berkhasiat dan bervitamin. Di samping itu, bioteknologi dapat menghasilkan insulin untuk pesakit diabetis. Akhir sekali, bioteknologi mampu merawat bahan-bahan buangan bertoksik yang berbahaya.

Bioteknologi

Bioteknologi bererti sebarang penggunaan teknologi yang menggunakan sistem biologi, organisma hidup, atau teori terhasil darinya, bagi menghasilkan atau mengubah barangan atau proses bagi kegunaan khusus


menggunakan tumbuh-tumbuhan, haiwan dan mikroorrganisma seperti bakteria dan juga proses biologi untuk menghasilkan produk bagi kegunaan manusia atau untuk mambuat tugas bagi manusia.


dalam bidang perindustrian, perubatan dan pertanian, bioteknologi digunakan untuk menghasilkan makanan dan ubat-ubatan, untuk menguji penyakit, dan untuk melupuskan bahan buangan.

kepentingan bioteknologi

Contoh esei
Bioteknologi memberi banyak manfaat kepada manusia. Teknologi yang mencakupi kejuruteraan genetik dan pengklonan ini begitu besar sumbangannya dalam memajukan sektor pertanian dan penternakan.

Kemajuan dalam bidang bioteknologi membantu menghasilkan tanaman yang berkualiti. Melalui kaedah mutasi aruhan, baka padi yang lebih baik dapat dihasilkan. Baka padi ini mempunyai rintangan yang lebih tinggi terhadap penyakit. Selain itu, baka padi ini lebih cepat membesar dan mengeluarkan hasil yang lebih banyak. Kaedah kultur sel juga membantu membiakkan tanaman dalam kuantiti yang lebih banyak. Kaedah ini dapat menjamin pengeluaran hasil yang berterusan bagi menampung keperluan pengguna.

Bioteknologi juga dapat menghasilkan tanaman yang mempunyai rintangan terhadap penyakit yang lebih tinggi. Sebagai contoh, ubi kentang New Leaf yang bakanya dihasilkan melalui teknologi genetik mempunyai system pertahanan yang lebih kebal. Gen yang mempunyai rintangan terhadap penyakit diterapkan di dalam baka yang baru. Selain itu, bau yang sering menarik perhatian kumbang juga dikurangkan. Oleh hal yang demikian, ubi kentang ini tidak mudah diserang oleh kumbang kentang Colorado.

Di samping itu, bioteknologi juga menjamin hasil tanaman tahan lebih lama. Betik Eksotika, Pisang Mutan dan nangka madu adalah contoh baka buah-buahan yang dihasilkan melalui bioteknologi. Betik Eksotika misalnya mempunyai tempoh matang tiga minggu lebih lewat daripada betik biasa. Pisang Mutan pula dapat bertahan dua bulan sebelum kulitnya bertukar warna. Buah-buahan ini tahan lebih lama berbanding buah-buahan baka asli dan senang untuk dieksport keluar negara.

Selain itu, bioteknologi juga membantu menghasilkan baka ternakan yang lebih baik. Kaedah kimera, teknik in-vitro dan permanian beradas adalah antara kaedah di dalam bioteknologi yang membantu menghasilkan baka ternakan yang berkualiti. Melalui kaedah tersebut, lembu yang dapat menghasilkan susu lebih banyak dapat dihasilkan. Penghasilan baka ayam daging yang dapat membesar dalam tempoh 51 hari sahaja sudah pasti dapat meningkatkan hasil pengeluaran dan pendapatan penternak. Melalui teknik in-vitro, ternakan ini tidak perlu menunggu musim untuk mengawan.

Tegasnya, bioteknologi penting dalam usaha memajukan sektor pertanian dan penternakan. Walau bagaimanapun, penyelidikan dan pembangunan dalam bidang ini perlu dipergiatkan lagi bagi memastikan bidang bioteknologi ini dapat diperluaskan lagi.